sktungou.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN TUNGOU
PETI SURAT 93, 89308 RANAU, SABAH
Email : sktungou@zoom-a.com
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | PUSAT SUMBER |

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUNGOU, RANAU.

     Sekolah Kebangsaan Tungou telah ditubuhkan pada tahun 1970.   Ia terletak kira-kira 32 kilometer dari Pejabat Pendidikan Daerah, Ranau.   Sekolah ini telah diasaskan oleh Impin Bin Dingguron selaku Ketua Kampung, Kampung Tungou pada masa itu.

     Di peringkat awal, bangunan sekolah ini dibina sepenuhnya daripada kayu bulat, papan dan lantai simen serta beratap zing.   Pada 2 Mei 1972, Sekolah Rendah Kerajaan Tungou, Ranau pada waktu itu telah memulakan hari pertama persekolahan dengan jumlah murid yang mendaftar seramai 25 orang di bawah pengawan seorang guru.  Guru dan Guru Besar yang pertama di sekolah ini ialah Encik Saman Samidin.

     Kawasan tapak sekolah yang kecil serta bukit yang agak curam hanya dapat menempatkan satu unit bangunan sahaja.   Bangunan ini mempunyai 2 buah bilik darjah. Oleh kerana kawasan sekolah ini agak kecil maka pada awal tahun 1985, masalah tapak dapat diatasi apabila Jabatan Pendidikan Sabah telah mendapat satu tapak sekolah yang baru dan lebih luas untuk pembinaan bangunan yang baru. 

 Peruntukan untuk pembinaan bangunan baru ini dibiayai sepenuhnya oleh jabatan Pendidikan Sabah. Bangunan baru ini mempunyai 3 buah bilik darjah, 1 bilik guru dan bilik guru besar.  Pembinaan adalah secara projek kilat temasuk sebuah rumah guru berkembar.

     Pada bulan Disember 1985, Tuan Pengarah Pendidikan Sabah, Dr. Haji Isa Ramli telah merasmikan bangunan baru ini.  Beliau juga telah mencadangkan pembinaan

asrama Desa untuk kemudahan pelajar yang tinggal jauh dari sekolah dan juga untuk menempatkan pelajar-pelajar dari kampung lain.  Walau bagaimanapun asrama belum dibuka dan beroperasi kerana ketiadaan peruntukan makan dan juga alat-alat keperluan seperti piring, gelas, sudu, mangkuk dan juga alat-alat dapur.

     Pada ketika ini jumlah pelajar yang telah mendaftar ialah seramai 59 orang.

 

 




TERIMA KASIH KERANA
MELAYARI LAMAN WEB
SEKOLAH KAMI




Hakcipta terpelihara
Pembangun Laman Web Ranau ( SK. Tungou & PKG Ranau)
Paparan Terbaik dengan resolusi 1024 X 728.
Update :  08  Februari 2006
Dibangunkan oleh webmaster


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: